Puisi & Prosa

Beratur ke pintu bumi
aturannya panjang berpusar memutar

berbelit melilit mengelilingi bumi

yang dahulu tak semesti didahulukan

yang kemudian kadang di kepala barisan

tak perlu engkau tercengang tunggu giliran

tak mungkin engkau tahu bila masamu

teruskan sahaja membina kekayaan

untuk hidup seribu tahun lagi

pabila tiba waktumu untuk beredar lalu

akan ada pengiring datang menjemput

nyamanlah engkau jika dia berbisik mesra

tanda dia tahu engkau sudah siap sedia

selalu sedar dia merenung wajahmu

tujuh puluh kali sehari tak jemu-jemu

risaulah engkau jika dia jerit marah dan hina

kerana engkau tamu yang lupa tempatmu

melayan diri sendiri bagai tuan rumah

hingga engkau alpa dengan peranan sebenar

lalu dihalau pulang pabila sudah lewat malam

dialah penghisab masa usiamu

supaya tidak terlampau waktu

bagai guru menyelia ujian

“berhenti!” jeritnya di akhir masa

bagai pengadil di tengah padang

meniup seruling tamat permainan

tak kira menang atau kalah kumpulanmu

bagai penjaga masa di radio

memasang anthem negara di akhir siaran

bila namamu dipanggil

sebelum rebah kedua kaki

sebelum sesak rongga dada

sebelum kelu ligat lidah

lafazkanlah anthem hidupmu

yang engkau pegang sepanjang hayat

walau sekeras mana nafasmu

selemah mana lututmu

sekejang mana lidahmu

mungkin engkau sedang berenang

bersukaria waktu lapang

tiba-tiba ombak datang mengganas

menarikmu ke bawah arus

lalu namamu dipanggil

balik jeritan rakan-rakan

mungkin engkau di depan televisyen

tawa geli hati tonton seloka

badai ribut di luar jendela

melonggarkan tanah pasak rumahmu

menggegar duniamu di atas sana

hingga rebah runtuh di kaki bukit

lalu namamu dipanggil

balik deraian batu dan besi

mungkin engkau sedang bertugas

di luar negara beri ceramah

malamnya duduk di hotel terkemuka

tiba-tiba diserang segerombolan manusia

bersenjata bersenapang datang menyerbu

dan engkau jadi punca

amarah mereka pada dunia

lalu namamu dipanggil

balik hujan peluru berdesir lalu

mungkin engkau dalam jalan pulang

setelah sehari berhempas pulas

meluncur laju untuk bersama ayah dan ibu

dan jalanraya menjadi danau kerikil

gaung ngeri menanti mangsa

tergelincir, terlanggar dan dilanggar

lalu namamu dipanggil

balik derit roda dan brek tayar

mungkin juga engkau antara yang bertuah

punya masa beristeri dan beranak

mungkin juga bercucu dan bercicit

lihat mereka berijazah, berkerjaya dan berkeluarga

masa pula mencemburuimu

memamah dirimu jadi lemah dan lesu

penyakit datang berkembar membiak

hingga tiba harinya tubuhmu tak mampu

menggendong jerih perih perit lagi

lalu namamu dipanggil

di balik sayup syahadah

bisikan anakmu di cuping telinga

tatkala engkau tercungap di pangkuannya

alangkah, bertuah!

mungkin engkau antara yang terpilih

dihadiahkan penyakit dengan tarikh akhir

barah sudah merebak tiada ubatnya

tiga hingga enam bulan kata pakar

mulalah engkau cermat dengan masa

menghayati segala nikmat yang dipinjamkan

memisah antara sementara dan abadi

kerana engkau mula sedar

masamu sudah bergaris tamat

engkau mahu siap sedia

giliranmu semakin terasa

alangkah, bertuah!

atau mungkin engkau seperti aku

terima berita kematian bertalu-talu

baru terfikir esok mungkin bukan milik diri

lalu engkau mula cermat dengan tindak

menginsafi segala silap dan salah

hanya untuk mengumpulnya semula esok hari

apatah lagi pada awal tahun baru

dihadiahkan sebuah kalendar biru

tanda harapan untuk hidup satu tahun lagi

kita lalui hidup ini

antara sedar dan lupa

bila-bila saja nama boleh dipanggil

untuk menjengah pintu bumi

hakikatnya kita sedang beratur

barisan panjang melilit berbelit

mengelilingi benua dan lautan

nama kita pasti dipanggil

untuk melangkah batas bumi

hanya tunggu masa

dan entah bagaimana

2009

Noridah Kamari

Nota: Mungkin tidak ramai yang berminat dengan puisi yang panjang. Namun, itulah garisan halus yang cuba diterokai, puisi dalam prosa yang membawa kepada prosa dalam puisi.

Sketsa-sketsa orang Melayu
Koleksi kata-kata dipetik dari buku Malay Sketches tulisan Alfian Sa’at.

‘Losing Touch’, p.22

When I reached the post box later that day, I found myself confronted by two different slots: ‘Singapore’ and ‘Other Countries’. It made me pause for a while My sister had asked who I was. What kind of country did I see myself living in? What kind of country did I want for myself? I wasn’t different for the sake of being different. And being different is not the same as being difficult.

‘Overnight’, p.43.

Farisha realised that no reminiscence of the kampung was complete without the memory of eviction: a rooster crowing at dusk, a roof collapsing under rain, and the ember of a mosquito coil fading from orange, to grey, to a delicate pellet of dust.

‘The Morning Ride’, p.70.

Which one of them could be Kevin? He saw himself in his father’s place, at the wheel. There would always be a Kevin looking over his shoulder. And Amin’s job was to study hard, to maintain a lead, where being in front was not a matter of indignity, but triumph. Only by overtaking his father, Amin thought, would he be able to get close to the source of his father’s secret pride.

‘The Hole’, p.99.

My son  was no more. I saw a series of circles, perfect circles…the outline of a playground, the stone table under our block, the noose tightening around his neck, the shape of his mouth when he was still a baby, shrinking to the size of the hole. It was an opening through which I felt my body leaking, drop by drop, until the day I join my son on the other side.

‘The Boy At The Back Of The Bus’, p.210.

So when you’re afraid, what you do is try to hide deep inside yourself. But when you do that, something departs from your face, a kind of layer just underneath the skin that gives it life. Maybe it’s not correct to say that people look depressed, They just look depressingly blank.

‘Starry Hill’, p.206.

“We go up so as to discover who we are not. And we’ll keep going up to discover it again and again.” But she did not voice her thoughts aloud. She turned to the windows, watching curtains of trees whisk by. She wondered what it would feel like to reach her hand out, through the glass, to brush her fingers against the sun-shimmering leaves.

Koleksi ini lebih kepada anekdot dan bukannya cerita pendek yang lengkap dari segi teknik. Namun, gayanya memukau dan sukar untuk meletakkan buku ini setelah membuka mukasurat pertama. Sesuai dengan judulnya, ia seakan patchwork, mosaik atau sketch tanpa warna dan inti yang penuh. Melalui sketsa-sketsa ringkas itu sahaja sudah cukup untuk memberi cerminan wajah dan isu dalam masyarakat kita.

Ada apa dengan ISBN
Adakah ISBN diperlukan untuk menerbitkan buku?

ISBN atau International Standard Book Number merupakan nombor unik yang diberikan untuk sesuatu buku. Semasa menerbitkan buku pertama pada 2005, kami rasakan ISBN itu tidak perlu kerana ia sekadar nombor pengkategorian sahaja, tidak bermakna buku itu tidak cukup syarat terbitannya.

ISBN diperlukan untuk memudahkan syarikat-syarikat pengedaran mengambil kira stock buku. ISBN yang betul sepatutnya disertai dengan bar code bagi memudahkan urusan ini.

Tidak adil untuk mengatakan buku itu tidak terbit semata-mata kerana tiada ISBN tanpa memahami fungsi sebenar ISBN.

Walhal segala perkara yang sudah dicetak atau dilayangkan di web sudah pun dikirakan sebagai bahan terbitan.

Bagi memudahkan pengedaran buku….

Akhirnya, KPS ber-ISBN.

Tanda Tangan
pernahkah engkau terfikir

kala berdepan sehelai borang

begitu banyak inti bicara

insurans, kereta, kerja, rumah

dan apa sahaja yang perlu dipohonkan

tulislah nama penuh, tarikh lahir, alamat,

nombor telefon, kad pengenalan

oh! jangan lupa pangkah jantinamu

kemudian di sudut paling bawah

terlintang satu garisan bertitik

dalam kurungan dipinta tandatangan atau cap jari

yang dituntut sebenarnya adalah sebuah janji

mungkin juga sekerat dari diri

“Ini borangnya…”

dengan mata separuh kuyu

terlalu letih membaca meneliti

bait-bait kecil bak leteran tak berhenti

atau kemungkinan-kemungkinan

yang engkau sangka tidak mungkin terjadi

engkau tarikan pena yang tapaknya terlekat di hujung meja

atau lebamkan jarimu tinta hitam-kebiruan dan tekankan ia

jangan lupa tekan kuat-kuat

takut tak jelas tandanya

bukankah ukirannya unik untuk dirimu sahaja?

bak kuda belang yang tidak ada dua serupa

senanglah nanti bila kemungkinan itu

benar-benar memungkinkan diri

“Ini penanya…”

salurkan pena itu dengan cahaya hakiki

akan terpancar bayang sebilah pedang

tajamnya dengan hakikat kata

matikan fikir-fikir liarmu, usah duga batasan itu

lupakan timbangan putih darah dan merah kebenaran

itu soal atasan, engkau angguk sahaja bila disuruh

apa? engkau tak setuju, baca bait-bait kecil itu semula

tandatanganmu adalah tanda diri

dengan ia, sudah engkau korbankan lidah, mata dan telinga

hanya tangan dan kakimu sahaja bebas berhayun

mungkin juga otakmu sekali-sekala bila perlu

“Ini garisannya…”

kalau garisan itu mampu berdiri dan menari

mungkin sudah dipagari dirimu dengan bui terali besi

itu perhitungan dunia antara kita sesama manusia

yang digadai adalah usia nan sekerat

dalam limpahan darah dan keringat

kita bukan lembu yang dicucuk hidungnya

kita manusia ditambat dengan tandatangan

Noridah Kamari, 2007

Pengkelanaan kumpulan bangsawan
Jika tiada aral melintang, Insya Allah, saya bakal membentangkan makalah di Seminar Antarabangsa Perantauan Sumatera-Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak di USM, Penang, Jun ini. Terpanggil untuk menyahut cabaran ini ialah apabila mendapat penerimaan baik terhadap perbincangan bangsawan bulan lalu. Saya teruja untuk membincangkan penghijrahan seniman dari serata Nusantara ke Singapura yang bertindak sebagai lubuk seni ketika itu. Turut disentuh ialah konsep orang luar, kebebasan berkelana dan gaya hidup mereka di rantauan serta bahagian wajib tentang sejarah bangsawan.

Berikut ialah tajuk dan abstrak pembentangan saya.

Pengkelanaan kumpulan bangsawan

berdasarkan pengalaman Shariff Ismail Medan:

Satu penelitian ringkas.

Berdasarkan temuramah Arkib Negara Singapura dengan bintang bangsawan – Shariff Ismail Medan – kajian ini akan meneliti proses pengkelanaan kumpulan-kumpulan bangsawan sebelum Perang Dunia Kedua. Pertalian sejarah, budaya dan seni Sumatera-Semenanjung telah mencorak ruang bagi pengkelanaan kumpulan bangsawan yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk membuat pementasan. Masyarakat serantau dilihat sebagai serumpun dan interaksi seni dan budaya dijalinkan secara bebas dan terbuka. Hasil pengalaman pelakon bangsawan ini akan mendedahkan cara hidup orang bangsawan pada awal abad ke-20 sehingga penghijrahan akhirnya ke Singapura.

Somnambulisme (Tidur Berjalan)
bulan,

malam yang engkau muntahkan dari kerongkong waktu

tidak menyesatkan aku lebih dari igauan ini

tiada kejora di hamparan gelita ini

tiada bima sakti mencalit peta angkasa

tiada sahut pungguk mengintip bayangmu

tiada larik sinar tanda hadirnya ubun suria

tidak terasa tubuh ligat berdansa

di lantai fana kehidupan

bak daun terapung di sungai masa

mengalir pasti menuju muara

dengan mata ketap terkatup

menyusur tinggi gunung

melewat rendah lembah

tenggelam dalam igauan panjang

tidak terlintas di benak minda

esok mungkin bukan milik diri

bulan,

seperti engkau yang pinjam cahaya mentari

aku juga meminjam kehidupan ini

bila daun itu menggeliatkan diri

untuk gugur atas goyangan takdir

kaki ini juga akan rebah

terhembuslah nafas terakhir

menahan bisa seribu pedang

tatkala buluh-buluh darah

dan jentera dalam tubuh

hilang penggeraknya, kaku

tatkala airmata dan keringat

mengalir tanpa lembapnya, beku

janji itu akan menemuiku

dan mataku jelas terbuka

bahawa dalam hidup, aku hanya tidur berjalan

dan dalam mati, aku akan benar-benar celik!

bulan,

kau juga akan pudar

bersama mimpi-mimpi

Noridah Kamari

2006

Perubahan nilai dalam cerita Sang Kancil
Motif cerita kekal walau minda berubah

oleh Noridah Kamari

(Berita Harian Singapura, 2006)

CERITA rakyat merujuk kepada tradisi lisan yang disebarkan secara lisan, bersifat tradisional, mempunyai versi-versi, tidak ada nama pencipta, milik bersama dan bersifat polos dan lugu.

Di bawah payung cerita rakyat terdapat cabang-cabang budaya seperti sastera rakyat, budaya benda dan adat-istiadat.

Sang Kancil berada di dalam sastera rakyat di bawah kategori cerita binatang sebagaimana yang diuta rakan Jamilah Haji Ahmad (2000).

Pengumpulan lore atau tradisi itu harus diimbangi dengan pengetahuan tentang folk yang mendukungi tradisi itu supaya bentuk budaya tersebut tidak akan dibicarakan di luar konteks citra realiti alamnya yang sebenar.

Menurut Alan Dundes (1980), folk merujuk kepada sebarang kelompok manusia yang berkongsi sekurang-kurangnya satu faktor persamaan tidak kira sama ada ia pekerjaan, bahasa ataupun agama yang sama, kerana yang penting ialah kumpulan itu mempunyai sebuah budaya milik mereka bersama dan boleh dibeza kan dengan budaya kelompok masyarakat lain.

Pengumpulan folklor atau tradisi lisan bukan setakat mengumpul, menyimpan atau menghidupkannya kembali, tetapi ada matlamat mendokumentasi dan merekod kreativiti manusia dalam memenuhi tuntutan kehidupan sosialnya (Mohd Taib Osman, 1982).

Sebagai makhluk yang berakal, manusia itu bersifat kreatif dan akan melakukan pembaharuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan zaman yang baru.

William R. Bascom (1965) me nyenaraikan empat fungsi utama folklor iaitu sebagai hiburan, justifikasi kepada ritual dan institusi sesebuah budaya, pendidikan dan memelihara kelakuan yang diterima oleh masyarakat tersebut.

Keempat-empat fungsi ini boleh digabungkan sebagai usaha memelihara dan memastikan kestabilan budaya dan masyarakat.

Kestabilan yang diingini ini memerlukan masyarakat sentiasa memeriksa dan merubah unsur budayanya yang tidak sesuai dan ber canggah dengan kehendak zaman.

Danandjaja (1984) mengusulkan bahawa folklor merupakan cara untuk mengabadikan apa yang dirasakan penting oleh sesebuah masyarakat pada sesuatu masa yang ter tentu, dan lore mencerminkan fikiran folk itu.

Dalam konteks ini, folk itu akan berterusan menguji dan mempersoalkan lore yang ditatangnya untuk memastikan keserasian dan kesesuaiannya tradisi itu.

Dalam erti kata lain, budaya yang bersifat dinamik tidak berubah melalui perubahan fikir dan jiwa masyarakatnya.

Apabila masyarakat itu bertambah kritis dan rasional, semakin banyak unsur-unsur budaya yang akan dipersoalkan, diuji dan disesuaikan kepada konteks tempat dan masa.

Ini semua dilakukan tanpa mencemari motif asal cerita tersebut.

CITA: Sastera & Seni at The Arts House
CITA Sastera & Seni

Saya sempat membuat pembentangan sejam untuk sesi Cita pada 14 April yang lalu. Berdasarkan sebuah kajian yang dibuat untuk muzium negara beberapa tahun yang lalu tentang evolusi bangsawan. Tajuknya berbunyi Evolution of Bangsawan: Examining critical elements of bangsawan and the different interpretations of the theater form. Kebetulan pula, Sri Anggerik Bangsawan turut membuat pementasan Dang Anum pada hujung minggu itu. Rasanya bangsawan masih relevan di kalangan anak muda, namun ianya terus berubah mengikut peredaran masa.

Secara tuntas, bangsawan tradisional yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain pada awal abad ke-20 mengalami kemerosotan apabila ramai pelakon yang berhijrah ke dunia perfileman. Namun, bangsawan diubahsuaikan untuk penyiaran di radio melalui program Bangsawan di Udara pada 1955. Ini membawa kepada bangsawa di pentas yang menggunakan skrip pada 1978 dan sepanjang dekad 1980an. Bangsawan juga turut disiarkan di kaca TV, dan Sri Warisan mementaskan bangsawan dalam tarian. Aspek-aspek elemen penting yang membuatkan bangsawan itu bangsawan yang cuba dikaji.

Berikut ialah tajuk dan sinopsis Komentari yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Evolution of Bangsawan: Examining critical elements of bangsawan and the different interpretations of the theater form.

Abstrak:

Bangsawan in Singapore has gone through many interpretations as it adapts to different media moulds and changing faces of time and society. From the first bangsawan group in Penang to the success of many nomadic troupes at the turn of the 19th century, bangsawan has seen scores of talented artistes gracing its stage. In the 1950s, with the rise of the film industry attracting bangsawan performers from the stage, bangsawan had to reinvent itself to fit into the radio show, Bangsawan Di Radio, which required less manpower. It later re-adapted to fit into the TV screen in the 1980s. This research paper aims to document the evolution of bangsawan in Singapore from stage to radio, television and back onto stage; analyze the critical elements in a bangsawan as well as explore possible niches in the study of bangsawan, such as Peranakan Bangsawan and Jenaka Bangsawan. Bangsawan has proven to be a versatile theater form that can be adapted into different types of media and transformed into various stylized forms to suit the needs and expertise of the performers. Like a chameleon, bangsawan shifts and changes its shape without losing its essence and key elements, such as intonation, improvisation, story, music, dance, extra turn, technical effects, silat, setting and costumes.Whilst there were previous researches done on bangsawan by Ghulam Sarwar Yousof (2004), Tan Sooi Beng (1993), Rahmah Bujang (1975,1989), Sabri Buang (1998) and James Brandon (1993), little was explored on the development of bangsawan post-Independence (1965) in Singapore. This commentary is based heavily on oral history accounts from the National Archives, personal interviews with activists and newspaper reports.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan CITA, sila ke laman facebook berikut.

Noridah Kamari likes

CITA: Sastera & Seni at The Arts House

Create your Like Badge

Penghasilan cerita kanak-kanak
Cerita Kanak-kanak

Baru-baru ini saya berpeluang mengasah pena untuk penghasilan beberapa cerita kanak-kanak. Asalnya, saya tergerak untuk hasilkan sekumpulan cerita kanak-kanak ala Enid Blyton. Teringat semasa saya kecil dahulu, sukar mendapatkan buku kanak-kanak yang tebal yang puas dibaca berjam-jam. Kebanyakan buku kanak-kanak tipis dan cepat habis. Mungkin ada yang berfikiran biar ringan supaya senang dibawa mereka. Namun, bagi kanak-kanak yang ulat buku seperti saya, tangan cepat mencapai buku yang lebih tebal. Insya Allah, saya akan terbitkan siri buku kanak-kanak dalam masa terdekat ini.

Cabaran pertama ialah mendapatkan pakar ilustrasi buku yang sesuai untuk golongan kanak-kanak. Kalau stickman dianggap seni, mungkin sudah banyak saya melukis. Pelukis yang berkebolehan juga haruslah komited dan saya bayangkan latar lukisan itu menggambarkan cerita sebenar secara realistik. Maksudnya, jika ia berlatarkan Singapura, maka ruang tidurnya haruslah seperti yang selalu kita temui di HDB, bukanlah rumah pangsa atau kampung. Namun, jika saya dapat penerbit yang berwibawa, soal ilustrasi tidak akan menjadi masalah. Saya yakin ada pasarannya untuk apa sahaja jenis buku yang berkualiti.

Beberapa gambar kenangan sepanjang perkhemahan:

‘Meredah Badai’ cermin peribadi Shasel
Meredah Badai oleh Shaffiq Selamat

MEMBACA karya-karyanya, pembaca akan dapati watak-watak dalam karyanya sering mempunyai persamaan dengan sifat beliau sama ada dari segi pemikiran atau latar belakang mereka. Tapi ada juga karya-karyanya yang bersifat rekaan semata-mata. Watak-watak di dalamnya tiada kena mengena langsung dengan keperibadian beliau.

Begitulah sedutan cerpen Shahmati dalam kumpulan cerpen, Meredah Badai. Kumpulan cerpen hasil nukilan Shaffiq Selamat atau Shasel ini menampilkan 16 buah karyanya dari tahun 1994 hingga 2004.

Seperti petikan di atas, kumpulan cerpen sulung Shasel ini ibarat cermin yang memancarkan bayangan atau imbasan terhadap watak dan keperibadian penulis sendiri. Pergolakan yang dialami oleh protagonis-protagonis karyanya seringkali memberi imbauan bahawa mereka adalah dirinya sendiri.

Cerpen-cerpen yang bertindak sebagai ekstensi diri penulis semakin ketara apabila isu yang sama serta watak-wataknya kerap menonjolkan diri dalam beberapa karya di balik tirai latar yang berbeza-beza.

Salah seorang watak yang boleh dianggap ‘popular’ dalam kumpulan cerpen penulis ialah Surin. Seperti yang diterangkan dalam cerpennya, Rahsia, Surin adalah singkatan bagi Nafsurin dan melambangkan nafsu manusia.

Sesuai dengan ‘personaliti’ yang diberikan kepada watak Surin, dia adalah seorang yang suka ikut resa dan bertindak secara impulsif. Surin muncul lagi dalam cerpen Bahas di mana beliau (digelar Profesor Surin) mewakili Kelompok Sekular menyanggahi mauduk, ‘Drama dan filem hiburan perlu dibasmi demi membina masyarakat berhemah tinggi.’

Menampilkan dirinya yang kerap bertindak melulu dan kurang berfikir panjang, Profesor Surin dalam cerpen Bahas, berkata:

Saya berani pertahankan pendirian saya bahawa lakonan dibenarkan oleh Islam jika niat utama penulis skrip ialah untuk membina pemikiran masyarakat dan bukan untuk mengaut keuntungan kebendaan sahaja. Jika kata-kata saya ini salah, saya rela terima padahnya.

Pembalasan yang diterima Profesor Surin dalam Bahas menjadi ironi apabila alam semulajadi seakan turut bertindak secara impulsif ke atasnya. Watak Surin juga muncul dengan keperibadian yang serupa dalam beberapa cerpen lain, dan hal ini berlaku juga kepada watak-watak berikut: Eric, Mavrik, Sharel, Taufik dan Husin.

Penulis dalam cerpen-cerpen Mavrik, Visi, Bahas, Warkah, Usrah dan Misi seakan mempunyai perjuangan untuk menghapuskan drama dan filem kerana dikatakan ianya mampu mendorong manusia ke arah kemungkaran. Seperti yang tercatit dalam cerpen Warkah:

Lakonan artis adalah cermin masyarakat. Jika artis melakukan maksiat dalam lakonan, misalnya wanita penggoda, itu satu gambaran bahawa seseorang artis mudah menurut kemahuan penerbit dan pengarah teater atau filem tanpa memikirkan soal malu dan maruah, apalagi agama.

Jika untaian-untaian cerpen ini digabungkan, ia mampu menjadi sebuah novella kerana berpusar dalam tema, watak dan pergolakan yang sama. Sebagai pembaca, tercetus pula persoalan sama ada penulis benar-benar percaya bahawa industri lakonan adalah pusat kehancuran manusia atau beliau sekadar menolak watak-wataknya ke sudut paling ekstrim untuk mencalitkan kemungkinan-kemungkinan. Ini dilakukan dengan cara menyindir yang adakalanya pedas dan adakalanya lucu.

Lucu dalam erti kata absurd atau mustahil ini muncul apabila penulis mencipta kelompok-kelompok ‘ekstrim’ seperti Malay/Muslim Anti-Drama Society (MADRAS) yang mempunyai pangkalan di Tampines. Penulis pula berterusan membina landasan untuk watak-watak yang pro-drama berdebat dengan mereka yang anti-drama.

Perdebatan dalam bentuk bahas, usrah, warkah dan sebagainya membawa pembaca menyusuri sejarah drama Inggeris, pembasmian drama oleh golongan Puritan Kristian dan bermacam-macam pergolakan yang telah penulis selidiki.

Sebagai pembaca, saya rasa akan lebih menarik lagi jika penulis dapat gambarkan apa yang beliau/watak-wataknya impikan. Jika beliau dapat calitkan cerpen yang berlatarkan dunia tanpa drama, bagaimana agaknya rupa dunia itu? Apakah sengketa dan kemungkaran tidak akan wujud sama sekali? Atau mungkin jika beliau mewujudkan satu situasi ‘parallel reality’ di mana dunia kini wujud tanpa drama, apakah agaknya yang dilakukan oleh P.Ramlee untuk mencari sara hidup?

Penulis juga menonjolkan keprihatinannya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Watak-wataknya seringkali berdebat tentang kemunculan sesebuah kata dan maknanya yang sebenar. Sekali lagi, hal ini mencerminkan latar belakang penulis sebagai seorang penterjemah yang saban hari berdepan dengan kata-kata.

Meredah Badai merupakan kumpulan cerpen yang serius dan berat namun masih mempunyai ruang untuk jenaka serta sindiran tajam. Penulis menonjolkan sikap berani dalam menyampaikan pandangan dan hujahnya. Keberanian, penyelidikan utuh serta pemilihan kata yang adakalanya bersahaja mengangkat kumpulan cerpen ini menjadi sebuah karya yang harus dibaca dalam menyusuri penulisan sedekad Shaffiq Selamat.

- Ulasan oleh Noridah Kamari, 5 April 2005