oleh Noridah Kamari

Penulis

Dilahirkan pada 15 Mac 1980, Noridah Kamari meraih ijazah sarjana sastera dalam Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 dan ijazah sarjana muda (Merit) daripada Universiti Nasional Singapura pada 2002. Mula menulis sejak zaman kanak-kanak, sajak-sajaknya banyak terakam dalam antologi puisi terbitan Singapura, Malaysia dan Indonesia. Antaranya termasuklah Kemala: Meditasi Dampak 70 (2011), From The Window of This Epoch (2009), Antologi Puisi Kail Panjang Sejengkal (2005), Dari Amerika ke Catatan Langit: Antologi Puisi Mastera (2005), Anugerah Persuratan 2003: Kumpulan Karya dan Ulasan Juri (2003), Projek X: Antologi Puisi, Cerpen dan Novel Remaja (2003) dan Antologi Puisi Manik-manik Hijau (1995). Antara anugerah yang pernah diraihnya ialah Anugerah Persuratan pada tahun 1999, 2001, 2003, 2007 dan 2009, serta tempat ketiga dalam Anugerah Pena Emas pada 2010. Beliau kini merupakan penyelidik dan pensyarah bebas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>